Pages

Monday 8 October 2012

Senarai harga barang

Senarai harga barangan pasar yang kerap saya beli sehingga semalam 07/10/2012

1. Ayam - RM 5.80 sekilo
    Harga syiling : RM 6.80
Kalau kat kampung suami saya tahun lepas masa raya harga ayam RM 9.00 sekilo walaupun harga syiling RM 7.20 tahun lepas. Gilo rasanya ..kat kampung lagi mahal

2. Ikan kembung - RM 10.90 dan RM 14.90
Rasanya zaman bujang dulu kalau beli ikan kembung yang besar tu pun baru RM 8.00 yang kecil tu RM 4.00 jer....

3. Ikan tongkol - RM 8.90
Harga nie masih maintain saya rasa. Lagi pun suami saya suka ikan ni

4. Ikan tenggiri - RM 25.00. Tapi kadang kala turun ke RM 22.90

5. Sotong - RM 14.90
Bilalah harga RM 8.00 nak dapat balik nie . Macam tak ada harapan jer ...

5. Udang putih yang kecil - RM 12.90
Buat cekodok sedap.. Dulu beli RM 10.00 jer

6. Udang biasa - RM 18.90 / 19.90 / 22.90
Ermmmmm..... masa tu boleh gak dapat rm 15.90

Yang lain dah tak ingat... hahahah. tak per lepas nie saya akan rekod untuk rujukan bersama . Dan juga perbezaan dari satu supermarket ke supermarket atau ke mini market .. Tu pun supermarket yang saya biasa pergilah ..

Why... why??

Memandangkan kesibukan bekerja dan menguruskan rumahtangga dan sebagai seorang yang mudah lupa. Saya rasa saya patut menulis senarai harga barangan yang saya beli untuk memudahkan saya mengawal perbelanjaan dan merekod sebarang perubahan harga. Sebab bila saya membeli barang dipasar duit RM 50.00 rasanya cukup dan mampu menampung banyak barang. Sejak kebelakangan ini saya rasa RM 50 macam 50 sen jer.. Kalau nak beli barang kat kedai mesti pastikan duit cukup beratus ringgit untuk cover perbelanjaan. Jika tak rasa malu jer bila sampai kaunter dan kira2 secara congak, duit tak cukup rupanya.

Oleh itu, saya rasa saya perlu berkongsi segala maklumat harga barangan di pasaran supaya semua pengguna boleh monitor harga barangan.